Sunday, 4 December 2016

Karangan Amalan Membaca


PENGENALAN

1. Kadar kenal huruf dalam kalangan penduduk negara meningkat daripada 91% kepada 93% tetapi       tahap pembacaan masih tidak begitu menggalakkan.
2. Menurut laporan kajian tabiat membaca,didapati rakyat negara ini membaca purata dua buah buku     setahun. 
3. Masyarakat Malaysia lebih suka membaca bahan bacaan yang ringan seperti majalah hiburan dan       komik.
4. Kebanyakan mereka yang membaca bukan kerana sebagai budaya hidup tetapi kerana desakan           untuk peperiksaan.
5. Pemupukan amalan membaca di kalangan masyarakat perlu bagi merealisasikan Wawasan 2020           sebagai negara maju.

KEPENTINGAN MEMBACA

1. Ilmu pengetahuan

Melalui pembacaan, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan bidang ataupun isu semasa.

2. Kemahiran berfikir.

Membaca juga membolehkan seseorang itu mempunyai kemahiran berfikir agar dapat membuat analisis dan taakulan dengan baik.

3. Masyarakat intelek.

Amalan membaca yang dianggap sebagai suatu budaya hidup akan menghasilkan masyarakat yang berintelek seperti di negara Jepun.

4. Meningkatkan rasa keyakinan.

Seseorang itu lebih yakin lagi dengan diri kerana mereka lebih banyak mengetahui sesuatu perkara melalui pembacaan. 

5. Bermaklumat.

Semakin banyak kita membaca maka semakin banyak maklumat yang kita tahu tidak kira dari segi ekonomi, politik ataupun sosial.

FAKTOR KURANGNYA BUDAYA MEMBACA

1. Persekitaran.

Kanak-kanak yang kurang didedahkan dengan buku tidak berminat untuk membaca, tambahan pula dikelilingi ibu bapa dan rakan-rakan yang sememangnya tidak mempunyai budaya membaca.

2. Sosioekonomi.

Kuasa beli yang rendah menyukarkan mereka menyediakan pelbagai bahan bacaan.

3. Sikap

Sikap diri yang malas membaca menyukarkan untuk mewujudkan amalan membaca sehingga kajian mendapati rakyat Malaysia memperuntukkan hanya dua jam seminggu untuk aktiviti membaca.

4. Kemudahan perpustakaan.

Bagi penduduk pedalaman, agak sukar untuk mereka memperoleh kemudahan untuk membaca dan mencari bahan bacaan seperti di perpustakaan.

5. Taraf pendidikan 

Umumnya hanya keluarga yang berpendidikan sahaja yang mempunyai kesedaran tinggi tentang kepentingan amalan membaca.

LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN AMALAN MEMBACA

1. Peranan ibu bapa.

Ibu bapa perlu mendedahkan anak mereka dengan buku sejak kecil lagi agar mereka mempunyai amalan membaca bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya"

2. Peranan pendidikan

Sejak sekolah tadika lagi kanak-kanak perlu dipupuk dengan amalan membaca.

3. Peranan Perpustakaan

Kemudahan perpustakaan perlu diperluaskan lagi bukan setakat di bandar tetapi di kawasan luar bandar seperti mengadakan perpustakaan bergerak.

4. Peranan masyarakat.

Kita perlu mencontohi negara Jepun yang mempunyai minat membaca yang tinggi. Menurut kajian, masyarakat Jepun membaca di mana sahaja, yang penting mereka mempunyai masa terluang.

5. Sikap diri

Kita perlu hilangkan sikap malas membaca dan perlu memupuk budaya membaca sebagai salah satu keperluan hidup.

6. Peranan swasta

Pihak swasta perlu bekerjasama dengan kerajaan sama ada dalam menganjurkan pertandingan berkaitan membaca ataupun penyediaan kemudahan membaca seperti perpustakaan, buku dan sebagainya.

PENUTUP

Kita perlu mencontohi negara Jepun dan Amerika Syarikat yang mempunyai masyarakat minat membaca yang tinggi bagi mencapai cita-cita dan inspirasi negara, iaitu sebagai negara maju menjelang Wawasan 2020.


Sumber : Rabe Juhari& Piri aka Bantil. (2003). Teks Lengkap STPM Pengajian Am 2. Federal                                   Publications Sdn. Bhd.





Friday, 14 October 2016

Screamo Band


Today, I want to talk about my favourite music.



Honestly, I really into music. I always listening to music. I enjoyed myself by singing to the song and I can easily memorized the lyrics and being able to remember it eventho I didnt hear the songs for a long time.

I started listen to the song when I was in Form 1. Aku kenal apa itu radio masa aku tingkatan 1 (tetiba BM pulak haha)    Masa tu aku minat Taylor Swift and always adore her because of her passion and strong ambition to be a successful singer like she is right now. I've been following her development through this past years, from fearless album until 1989. She such a great young lady and a great songs-writer and a great singer. :)



Besides, I love to listen to Linkin Park songs too. I'm obsessed with their album. They have such a great album.. From Hybrid Theory until Living Things album. For me, mesej yang disampaikan oleh lagu diorang tu sangat 'DEEP'. Aku suka mendalami sesuatu lirik. Numb, In The End, Somewhere I Belong, Crawling and many more. Aku juga suka simbol this band. Creative do. Aku pernah lukis logo tu dekat buku catatan aku and suprisingly jadi pulak. HAHAHA


Bercakap pasal kumpulan Screamo,

Selain Linkin Park, aku kenal band Our Last Night. Aku suka album 'Oak Island' dia.
TERBAIK.



Diorang mostly nyanyi cover. Semua cover best. And for this time, aku suka dengar lagu 'The Hearts Wants What it Want by Selena Gomez'. The way they sing that song, memang feel habis. Of course dengan genre Rock, but in a good way. Ahah!

Dan untuk tahun 2016 ini. Aku kenal dengan dua band yang which is sangat sangat terbaik. They have a good music , like srsly.

Sleeping With Sirens.

Madness album , With Eyes to Hear and Ear to See album, If you were a movie this would be your soundtrack album and etc. Tapi this three album memang one of my favourite.

Kellin Quin <3



Bring Me The Horizon.

Image result for bring me the horizon



OMG, currently my favourite! SWS dgn BMTH fulamaak terbaik dedua.

Antara lagu yang aku suka


  • Avalanche
  • Blasphemy
  • Can You Feel My Heart
  • Deathbeds
  • Doomed
  • Drown
  • Hospital For Souls
  • Follow You
  • Oh No
  • Run
  • Shadow Moses
  • Sleepwalking
  • Throne
  • True Friends (MV dia terbaik do)
  • What You Need
Ada album and certain lagu dia aku tak dengar sangat sebab banyak sangat scream instead of lyrics. But those songs mostly album lama, before diorang changed to better. Well better for me I guess. Hahaha



Sebenarnya, band ni pun hasil recommend from my friend and my love.

My friend (Hafiz) recommend Our Last Night..
I've tried to listen it and.... yeahh

Meanwhile, SWS and BMTH from my love.
Dia recommend artic monkeys jugak, tapi aku suka satu ja lagu dia. Lain kurang. Haha
'Do you wanna know-arctic monkeys'

Aku suka ja dengan semua lagu yang mempunyai lirik dan melodi yang best.
Gua layan ja. As long as they fine to me.
But you know, the best of the best kan.....

Tu ja nak story. Eheh